Kenapa Saya Suka Gunakan Gambar Dari Unsplash Di Blog

Sejak dari mula menulis blog, saya memang suka letakkan gambar di setiap post yang diterbitkan. Ada di antara gambar tersebut milik saya sendiri. Namun, jika ia bukan gambar dari lensa kamera saya, maka Unsplash adalah satu-satunya platform tempat di mana saya dapatkan stock photo.

Bagi anda yang memerlukan gambar-gambar bagi apa saja tujuan, saya galakkan anda untuk memuat turun gambar dari Unsplash. Anda tak perlu risau dari segi keselamatan jika kemungkinan muat turun anda mengandungi virus atau apa- apa isu yang merunsingkan fikiran kerana ia adalah proses muat turun yang selamat. Tambahan, gambar-gambar yang ada di Unsplash merupakan stock photo yang amat berkualiti tinggi. Yang paling best, muat turun adalah secara percuma.

Anda boleh memilih sama ada ingin memberi kredit kepada pemilik foto atau pun tidak. Tiada paksaan dalam hal ini, tetapi bagi saya, bagi menghargai hasil kerja mereka dengan foto yang boleh diperolehi secara percuma, kredit haruslah diberikan.

Jadi apa tunggu lagi. Layari Unsplash untuk memuat turun stock photo anda sekarang.

Foto oleh Ali Yahya.

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *