Kenapa Pembengkakan Prostat Berlaku

Dah hampir 2 tahun ayah saya mengalami masalah pembengkakan prostat. Menurut beliau, bengkak tersebut tak pernah surut namun kesakitan yang dialami adalah secara on and off.

Untuk rekod rawatan, saya sentiasa memastikan ayah saya mematuhi temujanji di klinik pembedahan dan klinik Urologi di HTAA Kuantan.

Sepanjang pemantauan doktor di kedua-dua displin yang saya nyatakan di atas, Urologi dengan plan untuk rule out dari segi kemungkinan ayah saya mengalami kanser prostat manakala displin Surgical pula dalam perancangan untuk menyelesaikan masalah pembengkakan prostat tersebut tetapi perlu ditangguhkan disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 yang memaksa mereka hanya menerima kes yang betul-betul urgent sahaja di bilik pembedahan.

Kenapa Pembengkakan Prostat Berlaku?

Sebab berlakunya pembengkakan prostat tidak dapat difahami sepenuhnya tetapi kebiasaannya ia berlaku kepada lelaki yang telah berumur. Disebabkan ianya tidak terjadi kepada lelaki yang dibuang testis sebelum baligh, sesetengah orang berpendapat faktor-faktor berkaitan dengan penuaan dan testis yang mendorong perkembangan pembengkakan prostat.
Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron. Adalah dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatan umur, lelaki terus mengeluar dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.
Sumber dari : MyHealth.gov.my.

Hari ni ayah saya berada di Urologi bagi menjalani prosedur biopsy sebagai salah satu cara untuk mereka rule out jika ayah saya mengalami masalah kanser prostat.

Biopsy Prostat?

Biopsy prostat adalah satu cara bagi memastikan pembengkakan prostat tersebut adalah betul-betul kanser dan didiagnosakan dengan cara biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu dan dihantar ke makmal Histopatologi untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
Sumber dari : MyHealth.gov.my.

Semasa saya menulis artikel ini, saya berada di klinik Urologi sementara ayah saya masih di dalam bilik prosedur. Semoga segala urusan ayah saya dipermudahkan semasa menjalani prosedur biopsy prostat tersebut. In shaa Allah.

Foto oleh Lily Banse.

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *