Kenapa Anda Perlu Bersungguh-sungguh Memohon Kerja Kerajaan Mulai Sekarang

Tentu ramai antara anda inginkan kerjaya bersama kerajaan kan? Ada yang dah bertahun-tahun berusaha memohon kerja dengan sektor awam tetapi masih gagal hingga ke hari ini. Ramai yang masih kekal kerja sendiri dan ada juga masih melekat di sektor swasta.

Jangan salah anggap. Saya tidak bermaksud untuk memperlekehkan anda yang bekerja sendiri atau mereka yang bekerja di sektor swasta. Jangan cepat melatah dulu ya?.. post ini bertujuan untuk membantu anda sebenarnya. Saya mohon anda baca dari mula sehingga habis.

Baiklah..mari kita sambung..

Tidak kiralah di sektor mana anda bekerja atau mencari sumber rezeki, jika ia suatu sumber yang mampu membawa keuntungan kepada anda dan keluarga, ia adalah suatu kerja atau bisnes yang berbaloi untuk anda terus lakukan. Jangan pedulikan hal lain!

Cuma.. pastikan tapak sumber anda itu kukuh dan dapat menjamin kelangsungan punca rezeki buat anda sekeluarga tidak kira apa jua badai yang melanda.

Masih ingat lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Ramai golongan peniaga atau saya kelaskan mereka sebagai golongan yang bekerja sendiri terjejas teruk akibat daripada halangan untuk menjalankan perniagaan seperti biasa disebabkan arahan kerajaan supaya semua aktiviti perniagaan dihentikan. Nak tak nak terpaksa duduk terperap di rumah dan sumber kewangan keluarga juga agak terhad. Kewangan keluarga terpaksa dicatu. Bagi perniagaan yang boleh ditukar kepada mode online atau cod, Alhamdulillah dapat juga meneruskan sumber pendapatan walaupun peluangnya agak terhad.

Mujurlah kesempitan yang ada dapat diringankan dengan pelbagai insentif dan pengecualian yang diumum oleh barisan kerajaan bijak abah Muhyiddin.

Golongan yang bekerja di sektor swasta pula, ada yang terpaksa ‘direhatkan sementara’ oleh pihak majikan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi majikan yang memperolehi Program Subsidi Upah, anda tentu berasa sedikit lega kerana majikan tidak boleh memberhentikan anda buat sementara waktu. Perlu diingat ya, ia buat sementara waktu sahaja, bukannya ia akan terus kekal begitu kerana Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Walaupun begitu, pada awal Jun 2020 pihak kerajaan telah mengumumkan lanjutan Program Subsidi Upah kepada 3 bulan lagi dan ia ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.

Nampak tak? Situasi-situasi di atas agak goyah buat anda yang bekerja di sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri bukan?

Berlainan pula dengan anda yang bekerja di sektor kerajaan. Pendapatan anda terjamin dan tetap kukuh walaupun anda diarahkan untuk tidak bekerja dan dikuarantinkan di rumah. Penjawat awam seperti anda tidak perlu risau jika ada kemungkinan gaji anda dipotong atau sumber pendapatan anda disekat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.

Anda hanya perlu stay at home dengan hati yang lapang dan tenang dengan semua kelengkapan harian anda mencukupi disebabkan oleh kedudukan kewangan yang tidak tergugat!

Pssttt…kalau nak senang seperti penjawat awam di atas, bekerja keras lah ye untuk usaha masuk ke sektor awam..

Nak tahu cara mudah nak apply kerja kerajaan? Jom baca lagi..

Bekerja lebih keras untuk jaminan masa hadapan!

Situasi-situasi yang saya ceritakan di atas menjawab persoalan kenapa anda perlu bersungguh-sungguh untuk cuba memohon kerja kerajaan mulai sekarang. Persoalannya adalah, bagaimana cara untuk mohon masuk kerja kerajaan?

Saya telah menulis artikel berkaitan kerjaya di beberapa blog lain sejak dari 5 tahun lepas. Saya juga telah menerima pelbagai emel pertanyaan tips cara nak kerja kerajaan. Melalui emel-emel tersebut, tak dapat dinafikan memang sejak dulu lagi (bukannya disebabkan PKP ni saja) ramai yang bertanyakan soalan bagaimana cara senang nak masuk kerja kerajaan dan tentunya daripada soalan-soalan yang diajukan ini, dah terbukti ramai yang nak masuk kerja kerajaan, cuma tak tahu cara yang betul cara nak tembus masuk ke sektor awam.

Pelbagai cara dan teknik dah dibuat tapi nak masuk kerja kerajaan tetap tak lepas. Ada yang dah dapat panggilan pula tak tahu tips untuk hadiri temuduga kerajaan supaya lulus dan dapat diterima masuk bekerja.

Malangnya usaha yang dilakukan tetap terus gagal dan gagal. Tetapi percayalah, setiap hasil usaha tanpa mengenal erti penat lelah tentu akan membuahkan hasil yang lumayan. Maka, berusahalah dan teruskan berusaha. In shaa Allah, kejayaan akan menyusul.

Jika anda memang mengimpikan untuk bekerja di sektor kerajaan dan sentiasa berusaha untuk memohon masuk kerja kerajaan namun sentiasa gagal disebabkan tiada teknik yang betul, saya sarankan supaya anda baca 2 artikel yang disediakan di bawah.

  1. Kerja-kerajaan.com
  2. Kerjayakerajaan.com

Anda perlu baca dari mula hingga habis link perkongsian yang saya kongsikan di atas ya. Jangan lepaskan peluang keemasan yang jarang-jarang muncul tentang tips bagaimana nak kerja kerajaan dan tips persiapan hadiri temuduga kerajaan.

Saya doakan kejayaan buat anda!

Artkel ini ditaja oleh Tim Info Kerjaya.

Foto oleh Alvin Mahmudov dan Jordan Whitfield.

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *