Jom Baca Fakta Mengenai Lidah Jin Yang Viral Dan Merbahaya!

Walaupun sebelum ni saya memang dah tahu mengenai fakta yang diviralkan netizen terutamanya oleh kaki deko rumah mengenai pokok lidah jin yang dikatakan mampu untuk menyedut habuk di dalam rumah itu sebenarnya tidak benar sama sekali, saya tetap juga terjebak untuk menanam pokok ini.

Viral lah katakan..

Tengok tu. Ada 2 jenis kaum lidah jin yang saya baru je tanam semalam. Elok je tersusun di ruang laman.



Untuk mengetahui fakta umum mengenai pokok lidah jin, jom kita buat bacaan sikit.

Pokok lidah jin atau sansevieria dalam bahasa inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika zaman dahulu.

Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.

Sumber : Wikipedia. 👆

Baiklah. Sebenarnya apa yang dikatakan viral sangat tentang pokok daun lidah jin atau dikenali juga dengan lidah mentua ni?

Baru-baru ini, viral di laman sosial mengenai kelebihan pokok lidah jin yang dikatakan mampu bertindak sebagai penapis udara dan memerangkap habuk di dalam rumah.

Namun ini penjelasan daripada Public Health Malaysia.

Menurut Public Health Malaysia melalui laman Facebook mereka, NASA pernah melakukan kajian untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah pada tahun 1989.

Berikut adalah petikan post Facebook yang saya maksudkan.

“Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

“Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

“Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?

“Jawapannya TIDAK.

“Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!

“Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian,”

Dah terbukti melalui post dari Public Health Malaysia itu yang pokok lidah jin sebenarnya tidak memiliki kelebihan sepertimana yang telah diviralkan baru-baru ini.

Namun tidak salah untuk menanamnya cuma perlu lebih berhati-hati bagi anda yang memiliki anak kecil kerana pokok lidah jin ini sebenarnya merbahaya.

Pokok lidah jin yang merbahaya!

Saya sengaja gunakan perkataan merbahaya supaya bagi anda yang tetap ingin menanam pokok ini disebabkan aura viralnya, anda perlu lebih berhati-berhati.

Kenapa merbahaya?

Jom baca posting dari Facebook Pusat Racun Negara Mengenai Pokok Lidah Jin.

Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang..

Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.

Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini. Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.

Baik. Dah dapat fakta mengenai kebenarannya bukan?.

Kesimpulannya, tak salah untuk anda menanam pokok lidah jin sebagai tanaman hiasan. Cuma bagi pendapat saya, elakkan dari menanam pokok ini di dalam rumah disebabkan oleh faktor merbahaya tersebut. Tanamlah di laman rumah dan pantau anak-anak anda terutamanya anak yang masih kecil.

Selamat berdeko! Klik sini untuk dapatkan tips dekorasi bajet.

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *