Garis Panduan Pengurusan Sekolah Bagi Sesi Persekolahan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Garis panduan pengurusan sekolah bagi sesi persekolahan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dimuktamadkan dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Berita ini saya tonton di Buletin Utama TV3 baru-baru ini.

Maklumat tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin. Kementerian Pendidikan dikatakan telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melengkapkan panduan tersebut.

Panduan ini diberitakan telah lengkap dan akan digunapakai apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Sedutan Buletin Utama TV3 Berkenaan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Bagi Sesi Persekolahan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Khabarnya garis panduan pengurusan sekolah bagi sesi persekolahan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan dikeluarkan lebih awal daripada tarikh persekolahan yang akan dibuka nanti bagi memberi persediaan kepada pihak sekolah, guru dan pelajar melakukan persediaan.

Walaubagaimanpun berdasarkan apa yang disampaikan, keutamaan untuk sesi persekolahan Pasca PKP ini akan diberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 atas.

Foto oleh Nijwam Swargiary.

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *